Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga | Pelakon Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-Kanak, dekat sini.
Mengumumkan perkara itu di Instagram, suaminya Aeril Zafrel mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mengirimkan doa.
Credit: @AERIL ZAFREL
“Alhamdullilah. Terima kasih kasih semua atas doanya, muka dia sebiji macam Wawa,” tulis pelakon lelaki terbaik Anugerah Telenovela 2018 itu.
Pasangan tersebut menamakan cahaya mata ketiga mereka Aya Soffya bersempena nama sebuah masjid di Turki.
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
credit : projekmm
#CAHAYAMATA #KINITULAR #ARTIS
Discussion about this post