web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Monday, July 4, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Malaysia

VIDEO : Skuad B-19 Lari Selamatkan Diri Diserang Penyokong Indonesia !

Bosskur@Kinitular by [email protected]
July 13, 2018
in Malaysia, Sukan
Reading Time: 2min read
403 4
0
561
SHARES
2.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp


Sungguh tidak bertamadun ! Memalukan ! Tiada Semangat Kesukanan !

KEJAYAAN skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.

Jurulatih negara, Bojan Hodak mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaskan apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan sehingga memaksa mereka berlari masuk ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri.

“Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalkan padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.

“Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada pihak tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku.”

Kejayaan menundukkan Indonesia membolehkan anak buah Hodak menempah pertemuan final dengan Myanmar (Sabtu) dan pengendali dari Croatia itu tetap melihat peluang untuk menang masih 50-50 meskipun mereka pernah mengalahkan lawannya itu 1-0 di peringkat Kumpulan B.

“Bukan mudah untuk kami menewaskan Indonesia kerana ini perlawanan kelima dalam tempoh sembilan hari dan mereka juga mendapat sokongan padu penyokong. Bagi saya perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini 50-50 dan kami kena bersedia.

“Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya perlu nilai situasi ini sebelum membuat keputusan siapa yang akan bermain di final,” kata Hodak.

Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

credit : hmetro

Tags: AFF 2018BolasepakDiserang Penyokong IndonesiaIndonesiamalaysiaSkuad B-19
ADVERTISEMENT
Previous Post

Pelan Unifi Basic 30Mbps Baru Diumumkan – RM79 Sebulan Dengan 60GB Kuota Data

Next Post

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM149 juta

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM149 juta

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
16.5k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!