Cristiano Ronaldo kini telah mendarat di Turin, Italy dengan jet peribadi menjelang pengumuman rasmi beliau sebagai pemain baru Juventus pada petang Isnin ini di Turin.
Bintang Portugis yang kelihatan segak dengan padanan kaca mata dan t-shirt, memberikan isyarat bagus ke kamera ketika dia keluar daripada jet peribadi bersama teman wanita beliau Georgina Rodriguez juga dengan anak dan ibu beliau.
Ronaldo akan diarak sebagai pemain baru Juventus yang akan menyarung jersi untuk kali pertama pada jam 12.30 pagi waktu Malaysia pada hari Isnin selepas menyelesaikan perpindahan £ 112 juta dari Real Madrid.
Ronaldo secara rasmi akan diumumkan sebagai pemain Juventus di Turin pada petang Isnin.
Cristiano Ronaldo ditemani teman wanitanya Georgina Rodriguez selepas mendarat di Turin menjelang majlis pengenalan Juventus secara rasmi.
Ronaldo, Ibu dan anaknya Cristiano Jr meninggalkan jet dalam keadaan bersedia dalam menghadapi cabaran barunya di Itali.
Ronaldo sekali lagi mengisyaratkan bagus kepada kamera apabila dia masuk ke dalam kereta di lapangan terbang.
Discussion about this post