Teknologi akan mengubah permainan yang indah ini, dan aksi yang berlaku di padang baru-baru ini adalah contoh terbaik memperlihatkan ke arah mana bola sepak akan terus berevolusi.
Selama bertahun-tahun, para peminat dan pakar meminta FIFA menggunakan teknologi untuk memperoleh permainan yang lebih adil setiap kali eksident kontroversi berlaku dalam setiap perlawanan yang dilangsungkan. Sekarang, peminat dan pakar masih merasa berbahagi dengan penggunaan Video Penolong Pengadil, atau VAR, yang telah menyebabkan beberapa kekeliruan dan hasil keputusan yang dipersoalkan.
Sistem ini telah diuji di beberapa liga utama di seluruh dunia, dan kali ini ianya merupakan kejohanan utama FIFA yang pertama, di mana teknologi ini digunapakai. Semasa pusingan pertama Piala Dunia FIFA 2018, terdapat beberapa keputusan menarik yang menjadi tajuk utama atas alasan yang berbeza-beza. Mari lihat kepada beberapa keadaan yang kami percaya akan mengubah bagaimana bola sepak dimainkan di seluruh dunia.
Sekali lagi Perancis memainkan peranan penting dalam penggunaan teknologi ini.
Pasukan pertama yang mendapat manfaat daripada peralatan canggih ini ialah Perancis. Les Bleus mencipta sejarah lagi berhubung teknologi ini, apabila mereka adalah pasukan yang pertama memperoleh jaringan gol yang dibenarkan dengan menggunakan teknologi garisan gawang empat tahun lalu. Sekarang, sejarah berulang semula memberikan kelebihan untuk pemain-pemain Didier Deschamps. Tres bien!
VAR juga mendedahkan cubaan buruk Neymar berpura-pura dikasari teruk.
Pemain utama Brazil itu berusaha keras menembusi tembok pertahanan Costa Rica, dan hampir berjaya dalam percubaannya. Walau bagaimanapun, pegawai VAR menunjukkan bagaimana dia melebih-lebihkan jatuhannya sedangkan terdapat sedikit sahaja sentuhan dari pertahanan Costa Rica. VAR membenarkan, VAR juga menolak sesebuah keputusan!
Kumpulan B berpihak kepada Spain dan tidak buat Portugal.
La Roja hanya punyai kurang daripada lima minit sahaja daripada diturunkan ke tempat kedua Kumpulan B, tetapi keputusan pengadil datang tepat pada masanya selepas penalti Iago Aspas disahkan tidak offside. Dalam masa yang sama, di vanue yang lain hati Portugal dihancurkan oleh keputusan kontroversi.
Nigeria yang masih bersedih berkenaan isu ‘hand ball’.
Apakah perbezaan antara ‘hand ball’ Cedric dengan Marcos Rojo? Pasukan kebangsaan Nigeria masih tertanya-tanya mengenainya. Yang paling menonjol adalah Rojo dari sifar kemudian menjadi wira buat Argentina, setelah dia berjaya menjaringkan gol kemenangan penting untuk La Albiceleste di minit akhir perlawanan.
Korea Selatan menyingkirkan Jerman dari kejohanan.
Juara bertahan itu menunjukkan prestasi yang mengecewakan sepanjang kejohanan. Kekalahan terhadap Mexico, kemenangan minit akhir menentang Sweden dan satu lagi kekalahan menentang Korea Selatan merupakan hasil daripada tiga perlawanan mereka, tetapi kekalah mereka dalam perlawanan tersebut adalah terima kasih kepada keputusan yang betul melibatkan bantuan teknologi VAR.
Discussion about this post