NEW DELHI – Umat Islam Diserang Ekstrimis Hinduvadi. Lebih 13 orang maut dan beratus-ratus orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan di sini.
Umat Islam Diserang Ekstrimis Hinduvadi
Ia merupakan protes paling buruk di New Delhi sejak pertikaian ke atas undang-undang kewarganegaraan pada Disember tahun lalu, bermula pada hujung minggu.
Keganasan itu meletus sekali lagi di beberapa kawasan di timur laut Delhi, beberapa batu dari kawasan pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Keganasan ini dicetuskan oleh pemimpin BJP, Kapil Mishra.
Saluran televisyen tempatan menunjukkan asap berkepul-kepul daripada tayar-tayar dibakar.
Terdapat beberapa laporan yang menyatakan tentang terdapatnya kerjasama diantara pemberontak dan polis delhi semasa kejadian serangan ini berlaku.
Video from Delhi 25.02.2020, shows the complete nexus between @DelhiPolice and Hindutva Terrorists. As per video evidence, police have been passive bystanders, if not active perpetrators, of violence. @HMOIndia your role in destroying the fabric of this country will be remembered pic.twitter.com/Um8sdZcuIv
— Shaheen Bagh Official (@Shaheenbaghoff1) February 26, 2020
Juga Lihat : Perkuburan Umat Islam Dimusnahkan dan Kedai-kedai dibakar, Anggota Polis Tidak Kelihatan di Delhi?
Terdapat juga Masjid-masjid yang dibakar oleh pengganas-pengganas Hinduvadi ini.
Beberapa orang di media sosial cuba menyangkal bahawa serangan dimasjid tidak berlaku. Akan tetapi bukti bergambar berserta video telah menjadi tular dilaman sosial dan juga kenyataan dari pihak media ‘TheWIRE:iNDIA‘ disana juga mengesahkan berlakunya serangan keatas masjid di Delhi.
Video-video Kejadian :
Kami di Kini Tular memohon saudara-saudari mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di India. Semoga negara kita Malaysia juga terhindar dan dipelihara daripada kegiatan keganasan dari mana-mana puak pelampau agama.
#DemiKeamananSejagat #AntiKeganasan #Peace #NoWar #HargaiKeamanan #
Discussion about this post