Video bocor telefon pintar flip Galaxy Z Flip daripada Samsung | Telefon lipat terbaru daripada Samsung mungkin akan diumumkan bulan ini, dan apa yang kelihatan sebagai video ‘hands on’ pertama dengan peranti baru muncul dalam talian. ‘Leaker’ Ben Geskin telah memuatnaik rakaman klip pendek yang menunjukkan telefon lipat pintar itu, dikatakan peranti ini dipanggil Galaxy Z Flip, ujarnya di Twitter.
Video ini tidak menunjukkan banyak lagi daripada apa yang telah kita lihat dalam foto yang bocor sebelum ini – masih tidak dapat dipastikan sama ada peranti ini menggunakan bentuk baru seperti “kaca ultra tipis” dari Samsung, contohnya. Telefon Z Flip ini kelihatannya agak mudah untuk dimasukkan ke dalam saku atau beg tangan berbanding peranti-peranti lain di luar sana – kecuali pencabar terdekat seperti Razr yang akan datang dari Motorola.
Samsung Galaxy Z Flip – First Hands On Video pic.twitter.com/4b8Uzt5kRB
— Ben Geskin (@BenGeskin) February 2, 2020
Kami menjangkakan Galaxy Z Flip akan diumumkan pada acara Samsung Unpacked pada 11 Februari di San Francisco. Juga menjadi acara utama untuk acara itu, bagaimanapun, mungkin hanya telefon pintar perdana Galaxy S20 yang juga sudah bocor sebelum ini.
Admin : Kinitular | Geeks | Credit : Ben Geskin
Discussion about this post