La Celeste telah menyingkirkan Ronaldo dan rakan sepasukannya dari Rusia.
Harapan Cristiano Ronaldo untuk menggapai Piala Dunia untuk edisi kali ini jadi kenangan dengan kejutan yang besar setelah melihat pasukannya tersingkir dengan kekalahan 2-1 kepada Uruguay di Sochi. Penyerang berumur 33 tahun itu dan rakan senegaranya menentang pasukan Amerika Selatan yang dilihat sangat bertenaga dan sukar melakukan kesalahan dalam gerakan ataupun serangan dalam pertemuan blockbuster pada Ahad.
Tugas Seleccao semakin rumit setelah Edinson Cavani meraih gol untuk La Celeste dengan dua jaring yang cantik, akhirnya mengesahkan babak suku akhir menentang Perancis. Portugal, bagaimanapun, berjaya memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Pepe tetapi pertahanan Uruguay terbukti sangat kental dan menangkis semua cubaan selepas itu.
Kemenangan yang memberi peluang Oscar Tabarez dan pemainnya yang lain untuk memenangi Piala Dunia buat pertama kalinya sejak 1950, juga sepadan dengan pencapaian sebelum ini. Mengikut arkib sejarah, Uruguay telah memenangi kesemua empat perlawanan pembukaan pertama untuk pertama kalinya sejak kempen kemenangan mereka dalam edisi sulung Piala Dunia pada tahun 1930. Adakah sejarah akan berulang kembali?
Discussion about this post