Sejak semalam, tular beberapa gambar sekumpulan pelajar-pelajar yang selesai menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berpesta di jalan raya dengan ngauman ekzos motorsikal setelah tamatnya ‘penderitaan’ mereka.
Gambar-gambar yang tuIar tersebut telah mendatangkan pelbagai maklum balas negatif daripada banyak pihak. Ia bukan sahaja menggangu kelancaran trafik, malahan mencerminkan imej tidak sihat remaja-remaja tersebut.
“Baca doa gaya chant ragbi”
Akan tetapi berbeza dengan pelajar Kolej Sultan Alam Shah, Klang yang meraikan hari terakhir peperiksaan mereka dengan membaca doa bersama rakan-rakan dengan cara yang agak lain dari yang lain. Bacaan yang dibuat secara kuat itu benar-benar menarik perhatian ramai berikutan video tersebut kini mula tular di media sosial.
Menerusi video itu, jelas kedengaran mereka membaca doa Wehdah iaitu doa yang menjadi penyatuan hati para pejuang dibaca dengan lantang. Doa tersebut dipenuhi dengan pujian kepada Allah S.W.T diatas kekuasaannya.
Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen di Twitter sumber, rata-rata warganet mengatakan bahawa cara tersebut adalah contoh terbaik meraikan habisnya peperiksaan SPM.
Macam ni baru contoh terbaik!
Discussion about this post