MOSCOW, Russia: Pemain paling berpengalaman Sepanyol telah menggantung but. Andres Iniesta mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas kekalahan mengejut Sepanyol dan tersingkir daripada kancah Piala Dunia kepada tuan rumah, Rusia. Kekalahan ini sesudah kedua-dua pasukan kebuntuan gol sepanjang 90 minit perlawanan dan untuk penentuan telah membawa ke sepakan penalti dan mereka tewas kepada Rusia. Pemain berusia 34 tahun itu memainkan peranan penting dalam pertembungan pusingan kalah mati ini walaupun beliau tidak bermula dalam kesebelasan pertama dan hanya membuat penampilan di pertengahan babak kedua.
We can only say thank you, @andresiniesta8. You gave us glory, took us to our highest heights.
An exemplary teammate, unique, irreplaceable.
Eternally grateful, thank you, Andréshttps://t.co/OXCXOpReBJ pic.twitter.com/VRo1e5pLJB
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) July 1, 2018
Walaupun beliau menjaringkan penalti pembukaan dalam penentuan penalti, dua rakan sepasukannya gagal mengikuti jejaknya, maka Sepanyol tersingkir dari kejohanan itu.
“Ia adalah realiti bahawa ini adalah perlawanan terakhir saya dengan pasukan kebangsaan, di peringkat yang indah,” kata Iniesta kepada pemberita.
“Pengakhiran tidak semestinya seperti yang kita impikan. Pasukan kebangsaan akan terus berjaya kerana tahap pemain yang kita ada dan itulah yang patut dicuba.”
Andrés Iniesta's final kick of a football for #ESP. pic.twitter.com/gXnEWf7jZA
— Squawka News (@SquawkaNews) July 1, 2018
Andres Iniesta adalah sebahagian daripada kisah kejayaan Sepanyol pada Kejohanan Eropah 2008 dan 2012 dan dengan sendirinya memenangi La Roja Piala Dunia 2010 apaila eliau menjaringkan gol tunggal perlawanan pada final menentang Belanda. Dengan 131 penampilan, pemain midfielder veteran itu mengundur diri sebagai pemain paling laris keempat La Roja di belakang Iker Casillas, Sergio Ramos dan Xavi Hernandez.
Beliau menjaringkan 13 gol dalam tempoh 12 tahun.
Discussion about this post