web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, July 5, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Panduan Permohonan

Semakan SPA8i : Cara Mohon Kerja Kerajaan & Jawatan Kosong Terkini

Bosskur@Kinitular by [email protected]
December 8, 2019
in Jawatan Kerajaan, Jawatan Kosong, Kerja Kosong, Malaysia, Panduan Permohonan
Reading Time: 2min read
453 9
0
645
SHARES
2.9k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Berikut adalah panduan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam melalui borang SPA8i.

Cara mohon kerja kerajaan & semakan SPA8i telah dikemaskini pada November 2017 hasil rujukan portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA).

Untuk makluman, tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu tahun sahaja.

Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Permohonan jawatan melalui borang SPA8i juga terhad kepada 15 jawatan sahaja.

SEMAKAN SPA8I 2017/2018

 

Bagi mengisi borang SPA8i secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik “Daftar MyID Baru” seperti tertera di atas.

Skrin daftar akaun baru akan dipaparkan seperti di bawah:

Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan terutama yang bertanda *.  Nombor kad pengenalan dan nama
penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas)sebelum mendaftar.

Antara maklumat yang perlu diisi pemohon termasuklah:

  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM dan sebagainya)
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Maklumat Tambahan seperti kebolehan bahasa

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat, anda perlu mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.

Borang SPA8i juga digunakan untuk memohon jawatan kosong Polis Diraja Malaysia.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Download manual pengguna ini untuk info lanjut tentang proses pendaftaran SPA8i.

Tags: Cari KerjaIklan Jawatan KosongJawatan KosongKerja KerajaanKerja KosongMohon KerjaSemakan SPA8iSPASPA8i
ADVERTISEMENT
Previous Post

Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES

Next Post

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) KKM Julai 2018

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) KKM Julai 2018

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!