web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Wednesday, July 6, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online

Bosskur@Kinitular by [email protected]
July 10, 2018
in Bantuan Kerajaan, Malaysia, Selangor
Reading Time: 3min read
414 31
0
618
SHARES
2.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Berita baik buat rakyat Selangor. Anda kini boleh membuat pendaftaran dan permohonan Rumah Selangorku secara online di portal rasmi http://lphs.selangor.gov.my/

Untuk makluman, harga Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pendaftaran / permohonan Rumah Selangorku, pemohon mestilah memenuhi beberapa syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

DOKUMEN DIPERLUKAN

Setiap permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

SEMAKAN STATUS RUMAH SELANGORKU

senarai projek rumah selangorku

Pemohon yang belum melengkapkan permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan dalam kategori ‘Draf’.

Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu dilengkapkan semula.

Bagi pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses untuk ditawarkan rumah namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon.

Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula.

Walaubagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi (mukim) permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.

Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Penting! Pemohon yang menolak tawaran Rumah Selangorku akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam dalam sistem selama tempoh 2 tahun

Untuk melihat senarai projek Rumah Selangorku, sila layari http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list

Tags: Bantuan KerajaanBantuan Kerajaan Negeri SelangorRumah SelangorkuSkim Rumah Selangorku
ADVERTISEMENT
Previous Post

Permohonan Insentif Perkahwinan RM500 Untuk Bakal Pengantin 2018

Next Post

Panduan Permohonan UiTM Sesi 2 Ambilan 2018/2019 Lepasan SPM

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Panduan Permohonan UiTM Sesi 2 Ambilan 2018/2019 Lepasan SPM

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Harga Minyak Mingguan (2 JUN - 8 JUN 2022)
Semak

Harga Minyak Semasa Malaysia Terkini

1 month ago
30.9k
Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
16.5k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!