Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB. Semua orang inginkan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Di samping pelbagai rumah mampu milik yang ada di sekitar Malaysia, kerajaan juga ada menyediakan satu lagi program, di mana mereka yang berkelayakan berpeluang untuk mendapatkan rumah impian sendiri!
Apa Itu Rumah Mesra Rakyat?
Ini adalah satu berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah.
Pihak kerajaan yang memang tidak pernah berhenti untuk cuba memenuhi keperluan rakyat telah menjayakan satu program di bawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat SPNB.
Program ni memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga (seperti biasa, ada syarat-syaratnya tau).
Initiatif kerajaan yang diwujudkan untuk membantu golongan ni dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd, dan menawarkan 2 program:
- Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
Tujuan utama RMR adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.
Manakala RMRPLUS pula adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak untuk mendapat subsidi RMR kerana tak memenuhi kriteria permohonan.
Bagi mereka yang gagal memohon RMR, atau permohonan telah ditolak kerana tak menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, jangan terus putus asa okay?
Anda masih boleh cuba memohon untuk RMRPLUS. Ia mempunyai konsep asas yang sama, namun ianya khas untuk mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi telah melebihi syarat minimum program RMR.
BACA JUGA : RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRplus)
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
NOTA:
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
REKABENTUK
CARA-CARA MEMOHON
1. BUKA LAMAN WEB
Layari Laman Web RASMI RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
2. KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem
6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
LAMAN PENDAFTARAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
RISALAH RMR
Sila Rujuk risalah ini bagi rujukan berkenaan RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
Soalan Lazim Rumah Mesra Rakyat SPNB
Kami juga sertakan soalan lazim untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin bermain di minda anda mengenai Rumah Mesra Rakyat.
1) Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?
Terdahulu, Program RMR dibiayai oleh kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh.
Terkini, sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh anak syarikat SPNB.
2) Berapa lama sebelum tempoh permohonan akan diluluskan?
Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.
3) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?
Tidak dibenarkan, kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.
4) Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?
Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.
PENTING ! Untuk makluman anda, Kini Tular tidak mengumpul sebarang data pengguna dan SPNB tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) selain daripada laman web rasmi RMR SPNB. Kami di Kini Tular bertindak sebagai laman info bagi memudahkan capaian pemohon kepada informasi terkini berkenaan RMR. Jadi pastikan anda berurusan dengan laman web rasmi dan pejabat rasmi.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan lanjut:
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Hotline : 1300 80 3838
Tel : 603-2618 5555
SMS : 019-2104000
Emel : [email protected]
Discussion about this post