Seratus orang telah cedera dan seorang sukarelawan perubatan berusia 21 tahun terbunuh semasa protes di Gaza pada hari Jumaat.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata pasukan Pertahanan Israel (IDF) membunuh jururawat perubatan Razan Ashraf al-Najjar, 21 tahun yang dilaporkan oleh The Times of Israel. Jururawat muda itu ditembak berdekatan Khan Yunis sepanjang pagar yang memisahkan Gaza dari Israel.
Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf al-Qudra memberitahu The Times of Israel bahawa ini membawa angka kematian orang yang dibunuh oleh IDF kepada 123, menurut kiraan oleh kementerian.
Najjar, 21, sedang merawat seorang lelaki yang terkena tembakan pemedih mata ketika dia ditembak, seorang saudara bernama Ibrahim al-Najjar memberitahu New York Times. Beliau berkata dia hanya 100 meter dari pagar sempadan ketika Najjar dibunuh dan dia terpaksa membawanya ke ambulans. Qudra berkata, Najjar sering menjadi sukarela di kementerian dan beliau memakai pakaian seragam perubatan putih ketika dia terbunuh.
Najjar pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.“
Pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah memakbulkan doanya untuk gugur syahid ketika berkhidmat di tanah airnya. Ramai beranggapan beliau sudah mati namun hakikatnya darjat beliau diangkat di sisi Allah sebagai seorang syahidah. Sesungguhnya itulah kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa yang masih buta.
Ironinya pada Jumaat yang sama (sebelum pembunuhan berlaku) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan mengutuk tindakan Israel yang “menggunakan kuasa secara berlebihan, tidak profesional dan diskrimanatif” terhadap rakyat Palestin. Bagaimanapun resolusi itu terhalang dikeluarkan oleh kuasa veto Amerika Syarikat (AS).
Demikian warna senja terakhir Razan Ashraf Al-Najjar yang tewas oleh peluru Israel di kem penunjuk perasaan Khan Younis di selatan Gaza.
Tenanglah engkau di sana wahai srikandi syurga.
Discussion about this post