Rayuan BSH 2020 – 36 Kod Tidak Lulus Dan Dokumen Sokongan. Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2020.
Untuk makluman, bagi pemohon yang status gagal atau tidak lulus Bantuan Sara Hidup (BSH), anda boleh semak kod tidak lulus BSH 2020 dan boleh rujuk terus dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan nanti.
Pemohon boleh kemukakan rayuan secara atas talian (online) atau hadir ke cawangan LHDN mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020.
BACA JUGA : BSH Fasa Ke-3 : Semak Perbezaan Pendapatan Isi Rumah B40, M40 & T20
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup tahun 2020 termasuk memaparkan kod tidak lulus, dokumen sokongan dan cara permohonan rayuan :
KOD TIDAK LULUS DAN DOKUMEN SOKONGAN BSH 2020
Muat Turun Maklumat Penuh Kod Tidak Lulus BSH 2020 Dalam Bentuk PDF
CARA PERMOHONAN RAYUAN
Bagi anda yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan Bantuan Sara Hidup secara atas talian (online) atau hadir ke kaunter LHDN mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.
Rayuan BSH secara online hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja menerusi laman web Bantuan Sara Hidup – LEMBAGA HASIL.
LAMAN RASMI BANTUAN SARA HIDUP
Kaunter rayuan BSH 2020 dibuka di cawangan LHDNM, sila rujuk jadual pembukaan kaunter di bawah.
JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER RAYUAN DI SEMUA CAWANGAN
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.
Discussion about this post