Pemain kelahiran Algeria itu hampir berpindah ke Etihad beberapa bulan yang lalu, dan sekarang dia akhirnya boleh memanggil dirinya sebagai The Citizen.
Enam bulan selepas percubaan pertama mereka menandatangani pemain itu tidak berjaya, Manchester City kini mengesahkan Riyad Mahrez sebagai pemain baru pertama mereka menjelang musim 2018-19.
Pemain bola sepak Algeria ini menjadi pemain baru dengan yuran perpindahan The Citizen paling mahal, apabila pihak Pep Guardiola bersetuju untuk membayar Leicester City lebih dari $ 79 juta (£ 60 juta).
Kelab itu mendedahkan berita gembira ini kepada peminatnya di media sosial dengan beberapa tweet.
The best things come to those who wait… 🕘#welcomeriyad to Manchester City! 💙 #mancity pic.twitter.com/lLjJZrz4J0
— Manchester City (@ManCity) July 10, 2018
Your new number 26!@Mahrez22 💙 #welcomeriyad pic.twitter.com/g1UMciVY4P
— Manchester City (@ManCity) July 10, 2018
Pemain kebangsaan Algeria ini hampir berjaya berpindah semasa jendela perpindahan musim sejuk, tetapi tuntutan Leicester City terlalu berat untuk Man City tunaikan, jadi perpindahan tersebut tertangguh apabila sebelumnya The Citizen telah berbelanja banyak pada awal musim.
Mahrez meninggalkan Leicester City selepas empat tahun. Dia membantu Foxes untuk memenangi gelaran Liga Perdana 2015-16, dan berjaya menjaringkan 48 gol dalam 179 penampilan dalam semua pertandingan.
🏃♂️💨 @Mahrez22 in the books! #WelcomeRiyad pic.twitter.com/dEIge2olke
— Manchester City (@ManCity) July 11, 2018
Discussion about this post