web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, July 5, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Projek Residensi Wilayah – Skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Bosskur@Kinitular by [email protected]
June 12, 2020
in Bantuan Kerajaan, Kuala Lumpur, Labuan, Panduan Permohonan, Putrajaya, Rumah Mampu Milik, Wilayah Persekutuan
Reading Time: 10min read
488 5
0
Projek Residensi Wilayah - Skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan - Kini Tular
765
SHARES
3.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Projek Residensi Wilayah – Skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan | Apa Tu Residensi Wilayah Dan Macam Mana Nak Mohon? Residensi Wilayah merupakan program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman untuk warga Wilayah Persekutuan.

Residensi Wilayah, adalah initiatif kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.

Objektifnya tetap sama, untuk membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan pembeli rumah pertama untuk dapat memulakan langkah yang penting dalam proses membeli rumah.

Kalau anda adalah orang dengan kriteria kat atas ni, teruskan membaca untuk tahu kenapa Residensi Wilayah ni adalah untuk anda dan macam mana untuk mendapatkannya.

Siapa Yang Layak Untuk Residensi Wilayah?

Residensi Wilayah adalah initiatif projek perumahan yang menyediakan rumah mampu milik di sekitar Wilayan Persekutuan, Malaysia.

Kelayakan bergantung pada status keutamaan, dengan syarat-syarat kat bawah ni:

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun dan ke atas
  • Lahir, kerja, atau tinggal di Wilayah Persekutuan
  • Keutamaan untuk pada mereka yang belum ada rumah

Fokus rumah mampu milik ni adalah untuk yang pendapatan rendah dan sederhana. Residensi Wilayah ada juga beberapa syarat yang dikenakan berdasarkan gaji yang memohon:

  • Gaji individu tak lebih dari RM10,000 sebulan
  • Gaji yang dah berkahwin tak lebih dari RM15,000 sebulan
  • Hanya satu Residensi Wilayah untuk setiap isi rumah

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RESIDENSI WILAYAH. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, sila lihat maklumat di bawah:

affordable housing, housing project, RUMAWIP, residensi wilayah, rumahwip

INFO : Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.

Macam Mana Ciri Rumah Residensi Wilayah?

Residensi Wilayah adalah merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja..

Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Maknanya saiz dan kos unit di setiap pembangunan dah dihadkan kepada:

  • Kos maksimum RM300,000
  • Saiz rumah tidak kurang dari 900 kaki persegi
  • Mempunyai tagline “Residensi Wilayah Residensiku”

Harga rumah di skala yang rendah berbeza, dan bergantung kepada lokasi pembangunan.

Pada satu masa dahulu, harga rumah skala rendah dibawah skim RUMAWIP dijual pada harga RM52,000 di Labuan, manakala di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula dijual pada harga RM63,000.

Perubahan baru pada Residensi Wilayah dibuat untuk mengurangkan densiti rumah mampu milik, yang mana projek perumahan RUMAWIP dah mengurangkan jumlah unit dari sekitar 400 unit ke 250 unit sahaja.

Penetapan sasaran baru Residensi Wilayah bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.

SENARAI PROJEK RESIDENSI WILAYAH

Macam Mana Nak Mohon Untuk Residensi Wilayah?

Langkah pertama adalah semak samaada anda layak atau tidak.

Sekiranya anda sudah memenuhi syarat Residensi Wilayah, tempat kerja, atau tempat lahir, dan limit pendapatan.

Okeh, sekarang masa untuk daftar dan mohon untuk skim tersebut di portal online Residensi Wilayah, yang mana anda akan gunakan untuk mencari rumah Residensi Wilayah anda.

Laman Pendaftaran & Permohonan Residensi Wilayah

Garis panduan permohonan Residensi Wilayah

  1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi mereka terlebih dahulu sebelum permohonan projek dibenarkan.
  2. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.
  3. Bagi permohonan yang telah berdaftar sebelum 28 Jun 2019, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada pihak pemaju yang berkaitan. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :

PERHATIAN!!
Pemohon perlu menyimpan dokumen permohonan “hard copy” sendiri untuk rujukan masa hadapan.

Laman Rasmi Residensi Wilayah

Rumah-rumah ni dijual pada harga di bawah harga pasaran, dan selalunya dah ada pelbagai kemudahan cam taman permainan dan kolam renang, yang mana penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih menarik.

Ni juge bermaksud yang rumah-rumah ni memang ada demand yang tinggi, dan keutamaan selalunya dibagi pada pembeli rumah pertama.

Kire kasi peluang dulu ler kat orang yang takde umah lagi… adil la kan?

Penting jugak untuk anda tahu yang Residensi Wilayah ni satu skim yang direka untuk menawarkan rumah mampu milik, tapi anda perlu juga bayar 10% deposit untuk pembelian rumah. 

Ada jugak beberape limitasi untuk pemilikan rumah Residensi Wilayah yang anda perlu ambil tahu, seperti rumah dari skim ni tak boleh dijual dalam masa 10 tahun lepas pembelian.

Apa Lagi Yang Perlu Tahu?

Berapakah bilangan RESIDENSI WILAYAH yang akan dibina?

Dijangka sebanyak 80,000 unit RESIDENSI WILAYAH dirancang untuk pembinaan yang akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa 10 tahun (2019 – 2028).

Apakah jenis rumah dan ditawarkan di bawah RESIDENSI WILAYAH?

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Siapa yang layak memohon RESIDENSI WILAYAH?

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RESIDENSI WILAYAH?

Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Adakah pesara layak memohon untuk membeli unit RESIDENSI WILAYAH?

Boleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Berapakah bilangan projek yang boleh dipohon oleh pemohon?

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 1 projek sahaja.

Apakah itu pendapatan isi rumah?

Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

Bagaimanakah untuk memohon Residensi Wilayah?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel.

Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di negeri lain, adalah pemohon masih layak untuk memiliki unit RESIDENSI WILAYAH?

Boleh, dengan syarat tidak memiliki sebarang hartanah/kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit RESIDENSI WILAYAH?

Pembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.

Adakah RESIDENSI WILAYAH boleh disewakan?

Pembeli tidak dibenarkan menyewakan rumah kepada bukan warganegara Malaysia.

Bolehkah unit RESIDENSI WILAYAH yang dibeli dan kemudiannya dijual?

RESIDENSI WILAYAH mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Adakah unit RESIDENSI WILAYAH ini boleh ditawarkan dalam bentuk sewa beli?

Tidak. Unit RESIDENSI WILAYAH ini hanya untuk dijual sahaja.

Bolehkah dokumen sokongan dihantar melalui alamat emel RESIDENSI WILAYAH?

Tidak boleh. Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan seperti yang disyaratkan ke dalam Portal Residensi Wilayah.

Penyata gaji pemohon yang terkini sebulan sahaja atau 3 bulan untuk dikemukakan kepada pihak Urusetia?

Pemohon perlu mengemukakan penyata gaji bagi 3 bulan.

Jika saya menyewa sekarang, adakah saya perlu melampirkan salinan bil elektrik dan salinan bil air?

Ya, pemohon perlu melampirkan bil elektrik dan bil air atau dokumen lain sebagai bukti kediaman tersebut.

Bagaimanakah cara untuk melengkapkan Surat Akuan Sumpah?

Pemohon perlu memuat turun surat akaun sumpah dari Portal Residensi Wilayah dan perlu ditandantangani di hadapan Hakim/Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Bolehkah saya memohon Ketua Kampung atau wakil rakyat membuat pengesahan Surat Akaun Sumpah tersebut?

Pihak Urus Setia RESIDENSI WILAYAH hanya menerima pengesahan oleh Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960 sahaja. Mana-mana pengesahan oleh badan atau individu yang tidak dinyatakan adalah tidak diterima.

Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal Residensi Wilayah.

Bolehkah pemaju membuat sebarang kutipan bagi proses permohonan Residensi Wilayah sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli?

Tidak boleh. Tiada sebarang bentuk kutipan wang boleh dilakukan oleh pemaju daripada pemohon termasuklah kutipan yuran komitmen sebelum menandatangani perjanjian jual beli kerana ia bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1989 bagi melindungi kepentingan pembeli dan pematuhan peraturan di bawah Akta 118. Sebarang aduan berkaitan kutipan bayaran hendaklah dikemukakan terus kepada Sistem Aduan Bersepadu Jabatan Perumahan Negara di laman url: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Berapakah bayaran pertama yang perlu dikemukakan oleh pemohon?

Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit RESIDENSI WILAYAH perlu mengemukakan bayaran sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

Bolehkah saya membatalkan mana-mana permohonan projek RESIDENSI WILAYAH yang sudah ditutup bagi membolehkan saya memilih projek baru?

Pemohon boleh membatalkan sendiri permohonan dengan syarat dokumen belum disemak oleh pemaju atau urus setia Residensi Wilayah. (Sila klik maklumat terperinci di permohonan projek di dashboard kemudian pilih batalkan permohonan) . Jika dokumen telah disemak, pemohon perlu mengemukakan emel beserta alasan untuk pembatalan projek ke alamat emel [email protected] Maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut : i) Nama penuh ii) Nombor Kad Pengenalan iii) Projek yang ingin digugurkan iv) Alasan Jika pemohon telah mendapat surat tawaran, pemohon perlu berurusan dengan pemaju projek yang telah ditawarkan untuk membatalkan projek yang telah ditawarkan. Pemohon akan disenarai hitam dari memohon mana-mana projek selama 12 bulan sekiranya pembatalan dbuat melalui Urus Setia Residensi Wilayah.

Berapa lamakah tempoh sah laku permohonan?

Tempoh sah laku permohonan adalah 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.


Tags: Bantuan KerajaanKuala LumpurLabuanMYPutrajayaResidensi WilayahRumah Mampu MilikRumah Mampu Milik Wilayah PersekutuanRUMAWIPWilayah Persekutuan
ADVERTISEMENT
Previous Post

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) SPNB

Next Post

Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) - Kini Tular

Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!