web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Monday, July 4, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Bosskur@Kinitular by [email protected]
June 12, 2020
in Bantuan Kerajaan, Malaysia, Panduan Permohonan, Penjawat Awam, Rumah Mampu Milik
Reading Time: 5min read
529 28
0
Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) - Kini Tular
1.1k
SHARES
3.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

OBJEKTIF

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

FUNGSI

Cawangan PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Cawangan PPAM, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.

Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program PPAM
  • “Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM;
  • Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
  • Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan PPAM dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM

KONSEP

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

GARIS PANDUAN

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPAM menjelang tahun 2018.

Siapa Yang Layak Untuk PPAM?

PPAM, PPA1M

Apakah Jenis Perumahan Yang Terlibat Dengan PPAM?

Hartanah PPAM ni adelah unit binaan untuk tujuan tertentu (purpose-built units), yang dibina oleh pemaju swasta, dan kewangannye disokong oleh pembiayaan kerajaan. Sume rumah-rumah tu memang direka dengan kriteria-kriteria kat bawah ni:

  • Perumahan kualiti dan mampu milik
  • Terletak di bandar-bandar utama
  • Dibangunkan di kawasan yang memberi kepentingan pade penjawat awam
  • Pelbagai jenis unit termasuk rumah atas tanah (landed) atau bertingkat (high-rise)
  • Harge antare RM100,000 ke RM400,000

SENARAI PROJEK SELURUH MALAYSIA

LAMAN RASMI SENARAI PROJEK PPAM

PANDUAN PERMOHONAN PPAM

LAMAN RASMI PENDAFTARAN PPAM

SOALAN LAZIM

  1. Bagaimanakah untuk memohon unit Rumah PPAM?
    Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di www.ppam.gov.my.
  2. Dimanakah lokasi Projek PPAM?
    Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.
  3. Apakah jenis rumah dan saiz yang ditawarkan?
    Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.
  4. Bilakah permohonan untuk membeli unit Rumah PPAM dibuka?
    Permohonan akan dibuka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan. Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.
  5. Siapakah yang layak memohon Rumah PPAM?
    Semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
  6. Bolehkah Penjawat awam memohon lebih dari satu permohonan dalam sesuatu masa (projek-projek yang berlainan)?
    Boleh. Walaubagaimanapun, tawaran hanya akan diberikan untuk satu projek sahaja (sekiranya berjaya).
  7. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
    Status permohonan boleh disemak di portal PPAM.
  8. Lain-lain pertanyaan
    Mohon email ke [email protected], hubungi talian 1MOCC (03-80008000) atau isikan aduan di laman https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk.

Admin : Kini Tular | Rujukan : PPAM

Tags: MYPenjawat AwamPerumahan Penjawat Awam MalaysiaPPAMRMMRumah Mampu MilikRumah Mampu Milik Kerajaan
ADVERTISEMENT
Previous Post

Projek Residensi Wilayah – Skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Next Post

Jawatan Kosong TreLeaf Mart Sdn Bhd

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Jawatan Kosong TreLeaf Mart Sdn Bhd - Kini Tular

Jawatan Kosong TreLeaf Mart Sdn Bhd

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
16.5k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!