web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, January 24, 2023
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu B40 (RMMT)

Bosskur@Kinitular by [email protected]
June 11, 2020
in Bantuan Kerajaan, Panduan Permohonan, Terengganu
Reading Time: 6min read
2.3k 172
0
Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu B40 (RMMT)
22.7k
SHARES
15.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu B40 (RMMT). Rumah merupakan satu aset yang sangat penting dan diperlukan oleh semua golongan tidak kira bujang, keluarga kecil ataupun keluarga besar. Dengan harga rumah yang kian meningkat dari tahun ke tahun, menyebabkan makin ramai yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Jika kita lihat kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti membantu rakyat dalam kehidupan yang lebih selesa. Tidak kurang juga kerajaan negeri masing-masing.

Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan inisiatif bantuan perumahan untuk rakyat negeri itu dan kini Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) boleh dimohon secara online bagi yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai RMMT, syarat dan cara memohon lengkap dengan contoh rumah yang disediakan dalam RMMT.

RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (RMMT)

RMMT adalah satu inisiatif kerajaan negeri Terengganu dalam membantu golongan berpendapatan rendah di negeri itu dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.

Permohonan RMMT kini dibuka secara online bagi rakyat Terengganu yang memenuhi syarat kelayakan. Oleh kerana rumah mampu milik ini dijaga dan diurus oleh kerajaan negeri, rumah ini memang dibina khusus buat rakyat yang lahir dan menetap di negeri Terengganu sahaja.

Harga Rumah Mampu Milik Terengganu pula memang di bawah harga pasaran, sekitar RM68,000, khas untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan RMMT:

  • Pemohon atau pasangan mestilah rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • Berumur 21 tahun ke atas; kalau pemohon berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan tetapi kena ada jaminan bayaran daripada ahli keluarga (ahli keluarga ini boleh jadi anak atau adik-beradik kandung).
  • Dah berkahwin; ada juga untuk golongan bujang tapi 10% sahaja diperuntukkan kepada yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum ada rumah.
  • Pemohon dan pasangan tak pernah terima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon dan pasangan) tak lebih dari RM3,500 sebulan.
  • Kalau pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  • Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan kalau pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki Rumah Mampu Milik/Rumah Pangsa Mampu Milik (RMM/RPMM) sekali saja dan kalau rumah itu dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tak boleh lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

CARA MEMOHON

  • Log masuk ke akaun di laman web e-Perumahan
  • Sekiranya anda belum mempunyai akaun pengguna, sila daftar akaun baru dengan klik pada butang Register pada sudut atas sebelah kanan halaman.
  • –  Username dan Email hendaklah yang belum didaftarkan dalam sistem, sekiranya gagal untuk mendaftar, sila gunakan Username / Email yang lain.
  • Pengaktifan akaun anda akan dilakukan secara automatik oleh sistem. Sila abaikan mesej berkenaan activation email.
  • Kemudian anda boleh daftar masuk menggunakan akaun pengguna anda dengan klik pada butang Login pada sudut atas sebelah kanan halaman.
  • Selepas daftar masuk, klik pada pilihan Permohonan Saya di menu bahagian atas laman web ini. Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi maklumat anda.
  • Sila isi maklumat seperti yang dikehendaki, buat semakan pada tab HANTAR dan klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Bagi yang telah mendaftar / memohon sebelum ini menerusi sistem ini, sila Login menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan untuk membuat sebarang pengemaskinian keatas maklumat permohonan anda.

Bagi yang membuat permohonan menggunakan borang, sila hubungi pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan) untuk membuat sebarang pengemaskinian maklumat permohonan anda.

Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu: Syarat Kelayakan Dan Permohonan Online

SENARAI LOKASI PROJEK RMMT

Antara lokasi projek RMMT seperti yang ada dalam laman web adalah:

  • Besut
  • Dungun
  • Kemaman
  • Kuala Terengganu
  • Marang
  • Hulu Terengganu
  • Setiu
  • Kuala Nerus

CONTOH RUMAH RMMT

Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu: Syarat Kelayakan Dan Permohonan Online
Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu: Syarat Kelayakan Dan Permohonan Online

LAMAN SENARAI PENUH PROJEK RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (RMMT)

PENTING! Untuk makluman anda, kerajaan negeri Terengganu tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT). Jadi pastikan anda berurusan dengan laman web rasmi dan pejabat rasmi.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan).

WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER

HariWaktu Perkhidmatan KaunterRehatWaktu Perkhidmatan Kaunter
 Ahad – Rabu 8.00 pagi – 1.00 petang1.00 – 2.00 petang2.00 – 4.00 petang
Khamis8.00 pagi – 1.00 petang1.00 – 2.00 petang2.00 – 3.00 petang

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 – 626 7999 / 09 – 631 7999
Faks : 09 – 6262999

Tags: B40Bantuan KerajaanBantuan Kerajaan Negeri TerengganuMYPermohonan Rumah Mampu Milik TerengganuRumah Mampu MilikRumah Mampu Milik TerengganuTerengganu
Previous Post

Jawatan Kosong Plexus Manufacturing Sdn Bhd

Next Post

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) SPNB

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) SPNB - Kini Tular

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) SPNB

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
19.4k
Perut Kosong
Kesihatan

Tujuh Makanan Yang Tidak Patut Dijamah Ketika Perut Kosong

3 years ago
2.8k
Jawatan Kosong di SAMSUNG SDI Energy Malaysia Sdn Bhd
Jawatan Kosong

Jawatan Kosong di SAMSUNG SDI Energy Malaysia Sdn Bhd

1 year ago
3.4k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular
error: Content is protected !!