web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, July 5, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

Bosskur@Kinitular by [email protected]
October 4, 2020
in Bantuan Kerajaan, Malaysia, Panduan Permohonan
Reading Time: 5min read
1.5k 80
0
Permohonan Geran Khas Prihatin GKP 2.0
2.6k
SHARES
10k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0). Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Ia adalah bantuan kali kedua GKP selepas GKP pertama diberikan kerajaan pada Jun lalu bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Di sini dikongsikan syarat dan cara memohon Geran Khas Prihatin 2.0.

Syarat permohonan GKP 2.0

1. Bukan penerima GKP sebelum ini

2. Mestilah berstatus warganegara Malaysia

3. Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang memperoleh jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.

4. Perusahaan mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 atau berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

5. Perusahaan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara memohon GKP 2.0

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM melalui pautan dibawah.

LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN | PORTAL GKP 2.0

Permohonan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Oktober 2020.

Berikut adalah cara memohon GKP 2.0:-

1. Masukkan no kad pengenalan ke dalam ruang Semakan Status.

Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) - Kini Tular

2. Selepas itu, masukkan captcha dan tekan butang Semak.

3. Jika No. K/P anda belum didaftarkan maka akan dipaparkan butang Permohonan Baharu.

4. Seterusnya, anda perlu isikan maklumat ke dalam borang yang diberikan. Sekiranya anda ada mendaftarkan syarikat dengan LHDN, PBT, SSM atau lain-lain, data perincian syarikat anda akan tersedia di isi dalam borang tersebut berdasarkan maklumat yang didaftarkan pada agensi itu.

Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) - Kini Tular

5. Untuk bahagian Maklumat Entiti Perniagaan, Sebagai Contoh di ruang pilihan Menjalankan perniagaan e-Dagang? Anda pilih pilihan Ya dan masukkan alamat laman sesawang seperti laman blog dan lain-lain. Setelah selesai mengisi borang, klik butang Teruskan.

Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) - Kini Tular

6. Selepas itu, anda diminta untuk membuat pengesahan bagi menghantar permohonan GKP 2.0.

7. Pemohon juga perlu menetapkan soalan (terdapat 5 soalan kesemuanya) beserta jawapan sebagai pengesahan. Anda disyorkan berikan jawapan yang ringkas supaya mudah diingat.

8. Anda perlu menetapkan kata laluan bagi mengakses akaun pendaftaran GKP anda. Identiti pengguna pula automatik adalah nombor K/P pemohon.

9. Selesai Pendaftaran Akaun, pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk laman GKP 2.0 dengan menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.

Semakan permohonan GKP 2.0 boleh semak mulai 15 November 2020. Pembayaran pula dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020 nanti.

Semoga permohonan anda berjaya.


Penjana Kerjaya 2.0 | Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia
Penjana Kerjaya 2.0 | Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB
Semakan Status Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0
Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) - Kini Tular
Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) – Permohonan Baharu
Permohonan Geran Khas Prihatin GKP 2.0
Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

Admin : Kini Tular | Sumber : Lembaga Hasil

 #KINITULAR | #GKP | #GeranKhasPrihatin

Tags: Bantuan KerajaanCovidCovid 19Geran Khas PrihatinGeran Khas Prihatin 2.0GKPGKP 2.0Permohonan
ADVERTISEMENT
Previous Post

Semakan Panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki)

Next Post

Jawatan Kosong Intel Technology Sdn Bhd (Pulau Pinang, Kedah)

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Jawatan Kosong Intel Technology Sdn Bhd (Pulau Pinang, Kedah) - Kini Tular

Jawatan Kosong Intel Technology Sdn Bhd (Pulau Pinang, Kedah)

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!