PenjanaKerjaya 2.0 | Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Berumur 18 – 30 Tahun. Sebagai makluman kepada semua, bermula 1 Januari 2021 ini, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0 .
Sehubungan itu,insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran menerusi on-the-job training.
Di bawah ini kami berikan info berkaitan PenjanaKerjaya 2.0 yang perlu anda ketahui.
APAKAH SEBENARNYA PENJANAKERJAYA 2.0?
Penjanakerjaya merupakan salah satu program yang dipertangungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.
TUJUAN PROGRAM
Bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan lagi mutu kebolehpasaran golongan ini.
BANTUAN PERANTISAN
Bantuan yang bakal diterima oleh majikan/perantis melalui program ini:
· Bayaran RM1,000 kepada majikan yang menggajikan pekerja lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan
· Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan yakni bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
· Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
· Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000
· Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediann kerja/insentif
SYARAT BAGI KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi memasuki Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah seperti berikut:
· Merupakan Warganegara Malaysia
· Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
· Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap
· Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
MAKLUMAN TAMBAHAN
· Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs.
· Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO
· Majikan hanya layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja,sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.
TARIKH BAGI PERMOHONAN UNTUK PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA 2.0
· Bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 ini.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Sebarang info lanjut, klik SINI
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
LAMAN PERMOHONAN PENJANAKERJAYA 2.0
Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftakan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi membuat permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal MYFUTUREJOB.
Discussion about this post