Pengkebumian Mangsa di New Zealand | Persiapan menjelang pengebumian mangsa serangan masjid Christchurch berjalan lancar hari ini, beberapa hari selepas dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam 50 orang yang ditembak seorang lelaki bersenjata.
Jenazah mangsa serangan Jumaat lalu dimandikan dan sedia untuk dikebumikan mengikut cara Islam, dengan sejumlah sukarelawan diterbangkan dari luar negara bagi membantu proses terbabit.
Lihat video alunan bacaan Al-Quraan :
Diperlihatkan suasana tenang dan damai di tempat pengkebumian mangsa serangan yang dihadiri beribu warga New Zealand dengan disulami alunan bacaan Al- Quran daripada pelajar Malaysia yang berasal daripada Pasir Mas (Salor), Kelantan. Pelajar tersebut merupakan anak kepada YB Hj Saiful -ADUN SALOR yang kini sedang menuntut di Universiti Christchurch, New Zealand.
Kejadian tembakan di dua Masjid Christchurch, New Zealand
Mangsa yang terbunuh di dua masjid semasa solat Jumaat oleh seorang lelaki menggunakan senapang separuh automatik, kebanyakannya pendatang Muslim, pelarian dan penduduk dari negara termasuk Pakistan, Bangladesh, India, Turki, Kuwait, Somalia dan lain-lain.
Imigresen New Zealand berkata setakat ini 65 visa diluluskan untuk ahli keluarga menghadiri pengebumian itu.