Panduan Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus Online | APA itu SSPN-i? Bagaimana cara membuka akaun SSPN-i? SSPN-i adalah merupakan satu instrumen yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’. Untuk makluman anda, kini pendaftaran akaun SSPN-i boleh dibuat secara online tanpa perlu pergi mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN.
SSPN-i Plus pula merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan yang terdapat pada SSPN-i Plus berbanding SSPN-i yang tiada sebarang komitmen bulanan (boleh simpan mengikut kemahuan masing-masing). Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih.
Panduan Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus Online
Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara daftar akaun, syarat kelayakan dan keistimewaan SSPN-i:
Daftar SSPN-i Online
Pendaftaran akaun SSPN-i boleh dibuat secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN.
1. Untuk mendaftar akaun SSPN-i, anda
perlu layari laman web SSPN seperti
berikut:
KLIK: PENDAFTARAN SSPN-i
2. Pastikan isikan maklumat yang
diperlukan dengan lengkap.
3. Kemudian, akan dinyatakan terma dan
syarat yang anda perlu fahami.
4. Setelah siap mengisi borang, anda
dikehendaki memasukkan deposit ke
dalam akaun. Bayaran boleh dibuat
melalui online banking ataupun kredit
kad.
Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i
1. Pendeposit dan penerima manfaat
kepada akaun SSPN-i hendaklah
warganegara Malaysia.
2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk
dirinya sendiri.
3. Penerima manfaat mestilah berumur
antara 1 hari sehingga sebelum mencapai
umur 29 tahun.
4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka
akaun untuk setiap penerima manfaat
yang sama.
Keistimewaan SSPN-i Plus
Antara keistimewaan SSPN-i Plus adalah:
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
- Layak memohon pinjaman PTPTN.
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin kerajaan.
Selamat membuat pendaftaran akaun SSPN-i Plus secara online!
Discussion about this post