web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Wednesday, July 6, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Berita

KWSP Suri Rumah: Potongan 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

Bosskur@Kinitular by [email protected]
August 16, 2018
in Berita, Malaysia
Reading Time: 2min read
422 4
0
KWSP Suri Rumah: Potongan 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan
593
SHARES
2.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

KWSP Suri Rumah: Potongan 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan. Berita gembira buat suri rumah yang tidak bekerja khususnya.

Pakatan Harapan akan menunaikan satu lagi janji mereka iaitu perlaksanaan KWSP suri rumah — potongan dua peratus dari gaji suami ditambah RM50 dana kerajaan setiap bulan.

Berita ini diumumkan oleh Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat .

KWSP SURI RUMAH

Melalui skim ini, suri rumah terutama isteri yang tidak bekerja boleh memanfaatkan caruman KWSP dan tidak hanya bergantung kepada suami semata-mata.

Walaupun nilainya tidak sebesar mana, paling tidak membantu ketika saat-saat diperlukan nanti.

Nilai 2% ini sangatlah sikit.

Katakan gaji suami RM3,000 sebulan, potongan KWSP suri rumah cuma RM60 sebulan.

Dicampur RM50 dana kerajaan, maka caruman untuk isteri hanyalah RM110 sebulan.

Dan diharapkan melalui skim ini para isteri boleh menikmati 17 jenis pengeluaran KWSP seperti pekerja biasa.

Dr Wan Azizah ketika ditemu ramah memaklumkan beliau akan bertemu KWSP minggu hadapan bagi membincangkan pelan perlaksaan skim tersebut.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.


KWSP Suri Rumah: Potongan 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya hari ini.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu. Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja KPWKM akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya. – Bernama

Tags: Caruman KWSPKumpulan Wang Simpanan PekerjaKWSPKWSP Suri RumahPencarum KWSPPH
ADVERTISEMENT
Previous Post

17 Jenis Pengeluaran Caruman KWSP Yang Perlu Anda Tahu

Next Post

Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih)

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih)

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Harga Minyak Mingguan (2 JUN - 8 JUN 2022)
Semak

Harga Minyak Semasa Malaysia Terkini

1 month ago
30.9k
Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
16.5k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!