web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Monday, July 4, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Kasih Ibu Smart Selangor: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Para Ibu

Bosskur@Kinitular by [email protected]
July 10, 2018
in Bantuan Kerajaan, Malaysia, Selangor
Reading Time: 3min read
448 9
0
632
SHARES
2.9k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS adalah program kebajikan buat ibu-ibu di Selangor yang berpendapatan rendah (Kumpulan B40) kurang RM2,000 sebulan.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan atau RM2,400 setahun bagi pembelian barangan keperluan asas (rujuk senarai keperluan asas di bawah).

Melalui program ini, lebih 30,000 ibu mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas menggunakan Kad KISS tanpa perlu membayar tunai (cashless).

Untuk ibu yang sedang mengandung, anda juga boleh memohon insentif ASNB sebanyak RM200 melalui skim ADAM50.

PENDAFTARAN KASIH IBU SMART SELANGOR

Pendaftaran KISS dibuka bermula 13 Disember 2017. Buat masa sekarang pendaftaran perlu dibuat melalui borang pendaftaran sahaja. Pendaftaran online masih belum dibuka.

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web http://www.kiss.com.my/ atau boleh diambil di:

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
  4. Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  5. Pusat Wanita Berdaya

 

Syarat kelayakan permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
  4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Kad KISS perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Pengaktifan kad boleh dibuat secara online atau SMS. Caranya:

Pengaktifan Online

  1. Layari laman web rasmi KISS di www.kiss.com.my
  2. Klik pada “Pengaktifan Kad”

Pengaktifan SMS

  1. Taip WBC<jarak>ACT<jarak>No-Kad-KISS<jarak>No-CVV<jarak>Nama<jarak>Nombor Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 33555

CARA PENGGUNAAN KAD KISS

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai / pasaraya berdaftar
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli
  3. Beri kad KISS kepada juruwang di kaunter pembayaran
  4. Semak baki kad sebelum buat pembayaran
  5. Juruwang akan merekod setiap barangan yang dipilih
  6. Hanya barangan tersenarai di bawah layak menggunakan kad KISS
  7. Peserta perlu menekan nombor pin
  8. Resit akan dicetak dan memaparkan baki awal & akhir kad KISS

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

Antara barangan keperluan asas yang diluluskan untuk program KISS ialah:

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Untuk dapatkan panduan harga, anda boleh download di sini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Selangor Care di talian 03-5525 6600

Tags: Bantuan KerajaanKasih Ibu Smart SelangorKISSmalaysiaSelangor
ADVERTISEMENT
Previous Post

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Ogos 2018

Next Post

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2018 (Inisiatif Peduli Rakyat)

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2018 (Inisiatif Peduli Rakyat)

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
16.5k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!