web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, July 5, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Berita

JPN : Tidak Lagi Dibenarkan Daftar Nama Anak Panjang !

Bosskur@Kinitular by [email protected]
September 29, 2018
in Berita, Malaysia
Reading Time: 1min read
468 4
0
JPN : Tidak Lagi Dibenarkan Daftar Nama Anak Panjang
655
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

JPN : Tidak Lagi Dibenarkan Daftar Nama Anak Panjang | Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.

Nama-nama singkatan seperti ‘Abd’ juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’,” katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN di sini hari ini.
“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak empat patah perkataan,” katanya.

Pada majlis itu, Jasri menyerahkan Sijil Kewarganegaraan Malaysia kepada Muniroh Tehpooyoo, 35, berketurunan Thai, isteri kepada penjawat awam Mohd Fauzi Ku Abdullah, 38, di Kampung Behor Mali, Simpang Empat.

Muniroh yang memegang visa belajar semasa menuntut di sebuah sekolah agama di sini pada 1996 dan berkahwin dengan suaminya sekarang pada 2003, mendapat status Penduduk Tetap (PR) selepas enam tahun berkahwin dan memohon taraf warganegara dua tahun lepas.

“Saya sangat bersyukur menerima Sijil Kewarganegaraan yang membolehkan saya memohon MyKad. Saya juga amat berterima kasih di atas perkhidmatan JPN yang amat baik dan lancar,” kata Muniroh.

Para pegawai JPN itu kemudian singgah di rumah warga emas Fatimah Said, 82, di Bumbung Lima, Tok Naya, Arau, untuk memproses penukaran kad pengenalan lama beliau kepada MyKad.

Jasri berkata Kembara Mobile JPN adalah inisiatif jabatan itu dengan memfokuskan golongan yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan pesakit mental.

— BERNAMA (JPN : Tidak Lagi Dibenarkan Daftar Nama Anak Panjang) – Kini Tular

Tags: Daftar NamaICJabatan Pendaftaran NegaraJPNKad PengenalanMaksimum Nama AnakNama AnakNama Anak PanjangNama PanjangPanjang MaksimumPanjang Maksimum Nama AnakPendaftaran Nama AnakPengenalanSijil BeranakSijil LahirSurat Beranak
ADVERTISEMENT
Previous Post

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) 2018

Next Post

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jeli Kelantan – Oktober 2018

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Jawatan Kosong Majlis Daerah Jeli Kelantan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jeli Kelantan - Oktober 2018

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!