Johann Zarco berkata Belanda TT adalah pusingan pertama MotoGP di mana dia dapat mengatasi “tekanan” kemalangan di grand prix tanah airnya bulan lepas.
Pelumba utama Tech3 Yamaha memulakan perlumbaan Le Mans di depan dan kelihatan mempunyai peluang terbaik untuk kemenangan MotoGP sulungnya.
Tetapi dia akhirnya terhempas dan kemudian diikuti dengan perestasi yang menjunam jatuh apabila dia menduduki tangga ke-10 dan ketujuh dalam dua perlumbaan seterusnya dan jatuh 42 mata di belakang pendahulu kejohanan Marc Marquez.
Bos pasukan Herve Poncharal mengakui di Assen, bahawa semenjak jatuh di GP Perancis menjadi “lebih sulit” untuk Zarco.
Pelumba Perancis ini layak ke petak lapan untuk Belanda TT hujung minggu ini, tetapi dia hanya 0.281 saat dalam keadaan pantas dan dia mendakwa kesan kecelakaan Le Mansnya kini sudah dilupakannya.
“Tidak ada tekanan, saya gembira berada di sini di Assen kerana ia lebih tenang,” kata Zarco.
“Selepas Le Mans saya merasa tekanan itu, saya kalah dalam perlumbaan di Le Mans dan saya tidak dapat memperoleh keputusan yang saya harapkan dan kemudian saya meletakkan tekanan di Mugello, yang ternyata tidak berkesan.
“Di Catalunya [juga] terasa sedikit, tetapi ia adalah satu cara untuk saya menjadi lebih baik dan kemudian di sini, di Assen saya merasa cukup baik di fikiran saya.
“Memiliki kurang ramai orang di sekitar, kerana apabila berada di Catalunya juga terdapat ramai orang Perancis dan ianya hampir seperti di GP Perancis, tetapi di sini pada waktu petang saya hanya bersendirian sahaja di paddock – ini memberikan tenaga yang baik.”
Zarco telah mengurangkan harapannya semenjak Le Mans, dan berkata dia kini boleh “menikmati” tempat kelapan sedangkan dia tidak dapat sebelum ini.
Apabila ditanya sama ada beliau masih berharap untuk memenangi kejohanan MotoGP sulungnya tahun ini, dia berkata: “Itu sudah semestinya, tidak bermakna apabila ianya sukar, kita perlu terus berputus asa atau saya berputus asa, saya simpan dalam ingatan tetapi saya tetap menikmatinya walaupun saya bermula di tempat kelapan.
“Sebelum ini, beberapa perlumbaan yang lalu, saya tidak gembira ketika saya di tempat ke 8, tetapi setelah saya melihat hasil akhirnya adalah sama, jadi adalah lebih baik untuk pergi berlumba dengan positif.
“Semakin saya fikir, adalah lebih baik saya terus pergi, kemenangan akan datang.
“Mungkin kita kini memerlukan beberapa keadaan bercampur yang tidak membiarkan pasukan kilang bekerja untuk memperbaiki sepanjang hujung minggu.”
Discussion about this post