Cepatnya!
Suasana yang rancak berlaku secara berturut-turut di dalam Rostov Arena selepas Jepun menjaringkan gol 2-0 menentang Belgium dalam masa hanya empat minit. Pertama, daripada jaringan bijak Geni Harugache yang memanfaatkan sepenuhnya kesilapan pertahanan oleh Jan Vertongen untuk membuka jaringan Samurai Blue pada minit ke-48.
Mengikut rekod Piala Dunia, jaringan tersebut merupakan kali pertama Jepun dalam pusingan kalah mati. Kemudian datangnya Takashi Inui yang melancarkan jaringan jarak jauh melepasi Thibaut Courtois yang tidak berdaya untuk memberikan skuad Asia ini mendahului perlawanan 2-0 pada minit ke-54.
Sekali lagi, satu catatan baru setelah ia kali pertama Belgium dibolosi gol dari luar kotak penalti di Piala Dunia semenjak jaringan yang sama Rivaldo untuk Brazil menentang mereka pada edisi 2002 kejohanan itu.
Discussion about this post