KEMENANGAN pasukan England menerusi sumbangan jaringan hatrik Harry Kane di Stadium Nizhny Novgorod pada Ahad untuk aksi kumpulan G, menyaksikan bintang sensasi itu mendahului Romalu Lukaku dan Christiano Ronaldo dalam persaingan merebut anugerah Kasut Emas Piala Dunia FIFA Russia.
Ini menjadikan jaringan semasa terkumpul dalam kejohanan ini adalah 5 gol daripada kapten prolifik England tersebut, berbanding jaringan semasa Romalu Lukaku dan Christiano Ronaldo masing-masing mempunyai 4 jaringan gol terkumpul.
Tambahan pula, Kane juga kini menamatkan kemarau hatrik selama 32 tahun bagi penyerang England, yang tidak dapat menjaringkan hatrik semenjak tahun 1986.
Kemenangan ini membolehkan England berpeluang cerah untuk layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kalah mati sekiranya England dapat meneruskan rentak kemenangan menentang Belgium untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Adakah Harry Kane berupaya untuk kekal mendahului jaringan gol dalam persaingan merebut anugerah kasut emas Piala Dunia FIFA menerusi beberapa baki perlawanan?
Jaringan Harry Kane menentang Panama
Gol Pertama !
Gol Kedua !
Gol Hatrik !
Untuk rekod Harry Kane merupakan pemain tunggal yang berjaya mencata rekod menjaringkan gol pada setiap perlawanan beliau bersama dengan skuad England pada peringkat antarabangsa.
3 – Harry Kane is only the third England player to score a hat-trick in a World Cup match, after Geoff Hurst in the 1966 final, and @GaryLineker vs Poland in 1986. Illustrious. #ENGPAN #ENG #WorldCup pic.twitter.com/KH50ZlnmZJ
— OptaJoe (@OptaJoe) June 24, 2018
Discussion about this post