Samsung Galaxy A9 2018 Kini Rasmi | Seperti maklumat yang tertiris awal pagi tadi. Samsung Galaxy A9 2018 ialah peranti pertama di pasaran dengan empat kamera utama di bahagian belakang. Ia dilancarkan sebentar tadi di acara Unpacked yang berlangsung di ibu kota.
Dari segi spesifikasi, Galaxy A9 2019 dilengkapi skrin 6.3-inci SAMOLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6/8 GB dan storan 128GB. Pengguna juga turut boleh menambah storan tambahan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB.
Samsung mengatakan mereka akan memasarkan telefon pintar ini bermula bulan November 2018 ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Samsung Galaxy A9 2018 Kini Rasmi – Kinitular
Discussion about this post