Adakah urusan perpindahan sebenarnya di dalam peringkat akhir?
Status perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus kelihatan baik dan hampir benar terlaksana setelah pemain tersebut dilaporkan secara pribadi telah bersetuju untuk bergabung dengan kelab Turin. Pemain kebangsaan Portugal berusia 33 tahun ini dijangka memperoleh €30 juta gaji untuk satu musim hingga Jun 2022.
Walau bagaimanapun, Juventus masih belum mencapai kata sepakat secara terus dengan Real Madrid mengenai kos transaksi walaupun kemungkinan besar akan berlaku pada beberapa hari yang akan datang tidak lama lagi. Dengan pemain nampaknya sudah dalam perjalanan keluar, Los Blancos telah memberitahu semua kedai-kedai setempat untuk menghentikan operasi mencetak jersi Cristiano Ronaldo.
Menurut laporan IlBianconero, pegusaha kedai hanya dibenarkan untuk mencetak hanya sekiranya pelanggan secara khusus meminta untuk dicetakkan. Dengan tanda-tanda perpisahan Cristiano Ronaldo dengan kelab Real Madrid kini kelihatan semakin jelas, pemergian pemain superstar Portugis ini hanyalah menunggu masa dan ketika saja.
Discussion about this post