Conor McGregor Kini Mengumumkan Persaraan | Petarung UFC tersohor dunia, Connor McGregor kini mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan persaraan beliau dari dunia ‘Mixed Martial Arts’ (MMA).
McGregor berasal dari Republik Ireland dan dianggap sebagai petarung UFC paling terkenal pada masa kini. Beliau menjadi petarung pertama dalam sejarah UFC untuk memegang dua tali pinggang kejuaraan dalam masa yang sama.
Satu kehilangan yang besar buat sukan MMA apabila McGregor mengumumkan persaraan pada usia yang baru mencecah 30 tahun
McGregor mengumumkan keputusannya itu menerusi akaun Twitter beliau.
Hey guys quick announcement, I’ve decided to retire from the sport formally known as “Mixed Martial Art” today.
I wish all my old colleagues well going forward in competition.
I now join my former partners on this venture, already in retirement.
Proper Pina Coladas on me fellas!— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) March 26, 2019
Berita tergempar ini hadir selepas dua minggu McGregor ditangkap polis di selatan Florida kerana didakwa memecahkan dan mencuri telefon seseorang selepas pemuda terbabit cuba mengambil ‘selfie’ dengan McGregor.
Menurut Miami Beach Police, McGregor bakal berdepan dakwaan merompak dan merosakkan harta.
Sejak tewas kepada Khabib Nurmagomedov pada Oktober tahun lalu, McGregor masih lagi berteka-teki mengenai rancangannya dalam UFC. Pergaduhan yang tercetus selepas pertarungan menentang Khabib mengakibatkan beliau digantung selama 6 bulan dan didenda £38,095.
Legasi McGregor sedikit tercemar kerana kekalahan beliau kepada Khabib
Sebelum ini pada tahun 2016, McGregor pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu bersara pada usia yang muda selepas mengalami kekalahan pertama dalam UFC kepada Nate Diaz.
Walau bagaimanapun 3 bulan selepas itu, beliau kembali untuk membalas dendam kekalahan terhadap Diaz. – Kinitular