Kegembiraan menjadi seorang wira negara nampaknya terlalu mengharukan untuk Edinson Cavani selepas dua jaringannya terbukti penting untuk melayakkan Uruguay ke peringkat suku akhir. Bagaimanapun, Malam yang hebat milik pemain berusia 29 tahun itu datang ke penghujungnya setelah kecederaan yang memaksa penggantiannya pada minit ke-74.
Sebelum dia diganti, satu saat semangat kesukanan disaksikan apabila Cristiano Ronaldo, yang bersama pasukannya yang ketinggalan pada masa itu – dilihat membantu Cavani keluar padang dengan cara yang sangat sopan. Detik itu ternyata diingati penyerang superstar Paris Saint-Germain itu dan dia dengan penuh kagum memuji tindakan kapten Portugal tersebut dalam temuramah selepas perlawanan yang sangat emosional.
“Kami telah bermain menentang pemain terbaik di dunia,” kata Cavani.
“Dia selalu menjadi idola untuk saya.”
Discussion about this post