web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Wednesday, July 6, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Berita

Cadangan Kadar SST: Jualan 10%, Perkhidmatan 6% – Guan Eng

Bosskur@Kinitular by [email protected]
July 16, 2018
in Berita, Malaysia
Reading Time: 1min read
376 28
0
558
SHARES
2.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

KERAJAAN mencadangkan kadar 10 peratus cukai untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan pada 1 September depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen, Ogos ini bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

BACA: Senarai Bantuan Kerajaan 2018 Yang Ramai Orang Tak Tahu

“Dengan pengenalan sifar GST pada Jun lalu, kerajaan dijangka hilang RM21 bilion hasil tahun ini.

“Bagaimanapun, pengenalan semula SST, peningkatan harga minyak mentah dan tambahan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyumbang tambahan RM14.4 bilion hasil pada 2018,” katanya selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Chartered Tax Institute of Malaysia.

Sementara itu, bagi menampung baki perolehan yang hilang daripada sifar GST, Guan Eng menegaskan, adalah susah mengenal pasti penjimatan bernilai RM10 bilion.

“Ini termasuk mengecilkan dan menghentikan projek bertindih dan program yang tidak penting yang mana minggu lalu, kita berjaya mengurangkan kos akhir LRT3 sebanyak 47 peratus atau RM15 bilion kepada RM16.63 bilion berbanding bajet asal iaitu RM31.65 bilion,” katanya.

Berhubung peranan LHDN sebagai pengutip cukai, Guan Eng berkata, kerajaan berjanji untuk tidak lagi menyerbu syarikat yang mengelak untuk membayar cukai dengan anggota keselamatan bersenjata.

“Tiada lagi taktik kasar seperti sebelum ini. Taktik itu hanya untuk orang jahat.

“Jika ada masalah, datang ke pejabat LHDN, mari bincang dengan pegawai kita,” katanya.

Guan Eng turut mengulangi komitmen kerajaan untuk melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), berjumlah RM50 bilion.

“Setakat ini kita sudah bayar RM7 bilion dan sehingga akhir tahun ini, kita jangka akan bayar RM1.3 bilion lagi,” katanya.

Tags: CukaiCukai Barangan Dan PerkhidmatanGSTLHDNLim Guan EngmalaysiaPercukaianPersidangan Percukaian KebangsaanSales And Service TaxSSTTax
ADVERTISEMENT
Previous Post

Perancis Menjuarai Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia !

Next Post

Punca Anda Single Sampai Bila-Bila Disebab 5 Perkara Ini !

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Punca Anda Single Sampai Bila-Bila Disebab 5 Perkara Ini !

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!