Anak buah Roberto Martínez menang selepas memperoleh kelebihan 2-0 pada babak pertama. Belgium kini akan berdepan Perancis untuk menempah tempat ke final.
Pertembungan antara Belgium dan Brazil adalah salah satu yang terbaik yang pernah kita lihat di Piala Dunia FIFA. Dua pasukan yang terdesak untuk mempamirkan aksi yang mantap tidak mengecewakan peminat yang mahu melihat mereka bertarung untuk tempat di separuh akhir.
Semasa perlawanan ini, Fernandinho memberi laluan kepada dominasi Belgium dengan gol sendiri, dan kemudian jaringan Kevin De Bruyne membantu skuad Robero Martinez untuk mendahului perlawanan. Tandukan Renato Augusto memberikan harapan buat Brazil, tetapi sehingga masa tamat tiada jaringan daripada skuad The Seleccao. Red Devils kini berjaya kembali ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.
Dengan kemenangan ini, Belgium berjaya mengakhiri aksi mengecewakan apabila menghadapi pasukan Amerika Selatan, sementara juga mencatat rekod baru untuk Pasukan Kebangsaan Belgium dalam satu kejohanan Piala Dunia.
“Kali pertama di mana Belgium mengalahkan pasukan CONMEBOL dalam perlawanan peringkat kalah mati (1-3). Belgium juga telah memenangi lima perlawanan pertama mereka dalam Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.”
1ra vez que #BEL vence a país CONMEBOL en fase de KO de Mundial (1-3)
Bélgica gana por primera vez 5 partidos seguidos en una misma Copa del Mundo (5-0-0) pic.twitter.com/YHjtYxNlYG
— ESPN Datos (@ESPNDatos) July 6, 2018
Ini bukan satu-satunya rekod yang dicatatkan oleh Belgium hari ini, kerana mereka sedang berterusan melakar rekod!
#BEL is now unbeaten in 24 straight matches in all comps (19-0-5), tied for the longest active streak among all teams (#ESP technically drew vs #RUS)
— ESPN Stats & Info (@ESPNStatsInfo) July 6, 2018
Discussion about this post