web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Tuesday, July 5, 2022
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Bantuan Sara Hidup: Semakan Status Permohonan & Syarat Kelayakan 2018

Bosskur@Kinitular by [email protected]
July 10, 2018
in Bantuan Kerajaan, Malaysia
Reading Time: 3min read
716 7
0
1k
SHARES
4.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Berikut dikongsikan maklumat penting tentang Bantuan Sara Hidup atau BSH.

Untuk makluman, BSH diperkenalkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Lebih 4 juta orang penerima telah menikmati pemberian BSH yang pertama pada 6 Jun lalu.

Permohonan baru akan dibuka tidak lama lagi. Namun  pemegang Kad Debit Diskaun Siswa TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

Selain itu, turut diumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam gred 41 dan ke bawah dan RM200 kepada semua pesara kerajaan.

BANTUAN SARA HIDUP GANTI BR1M

Kabinet bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar.

Namun bantuan tersebut tidak lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Ianya diganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang baru diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.

KATEGORI BSH

Sama seperti BR1M, BSH turut terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

  • Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP

BSH akan diagihkan kepada 4.1 juta penerima bermula 6 Jun nanti melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.6 bilion.

Bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun penerima pada tarikh tersebut.

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Selain itu, antara bank lain yang turut sama terlibat dalam proses pembayaran BSH ialah:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Pemberian selanjutnya adalah pada bulan Ogos 2018 nanti melibatkan kategori 2 & 3 sahaja di mana masing-masing akan menerima bantuan RM300 & RM400.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi anda yang telah memohon dan masih belum mendapat status kelulusan, anda boleh ke portal terbaru BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh terus hubungi talian 1800-88-2716 atau emel ke [email protected]

Baca: Senarai Bantuan Kerajaan 2018

Selain pengumuman di atas, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa perkara berikut:

  1. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September 2018.
  2. Laluan MRT3 tidak diteruskan.
  3. Harga diesel dan RON95 dikekalkan, RON97 diapung ikut pasaran.
  4. Diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuhraya dua hari sebelum Aidilfitri.
  5. Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
  6. Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
  7. Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
  8. Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.
  9. Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan.
  10. Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran Negara.
  11. Sayangi Malaysiaku – Tema Hari Kebangsaan.
  12. Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.
  13. Projek ECRL belum batal, masih dalam kajian.

Kami akan kemaskini bagaimana caranya untuk membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2019/2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini di Facebook rasmi Semakan Online atau layari laman web rasmi Kementerian Kewangan di sini www.treasury.gov.my

Tags: Bantuan KerajaanBantuan Rakyat 1 MalaysiaBantuan Sara HidupBR1MBRIMBSHLHDNMahathirmalaysiaNegara KuPakatan HarapanPerdana MenteriPermohonanSemakanSenarai Bantuan KerajaanStatusTun Dr Mahathir
ADVERTISEMENT
Previous Post

CR7 ke Juventus Kini SAH? RM Hentikan Pencetakan Jersi C.Ronaldo

Next Post

Senarai Bantuan Kerajaan 2018 Yang Ramai Orang Tak Tahu

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post

Senarai Bantuan Kerajaan 2018 Yang Ramai Orang Tak Tahu

Discussion about this post

Tular Hari Ini

No Content Available
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular

Sharing is Caring kan!

Share info ini dengan rakan anda
  • Facebook
  • Twitter
close-link
error: Content is protected !!