web analytics
  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us
HOT
Wednesday, January 25, 2023
Kini Tular
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN
No Result
View All Result
Kini Tular
No Result
View All Result
Home Bantuan Kerajaan

Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 (BPR 2021)

Bosskur@Kinitular by [email protected]
May 7, 2021
in Bantuan Kerajaan, Malaysia, Semak
Reading Time: 2min read
543 29
0
787
SHARES
3.6k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan kerajaan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima

Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

Bagi memastikan program Bantuan Prihatin Rakyat BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM

Mengambil kira pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BPR, jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR adalah sebanyak RM4.68 bilion. Mengimbas kembali, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM1.91 bilion kepada golongan B40 juga telahpun dibayar mulai 21 Januari 2021. Oleh itu, setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Putrajaya
4 Mei 2021

Bantuan Prihatin Rakyat

Lampiran

Pembayaran fasa 2 BPR akan diberikan kepada penerima yang lulus mengikut jadual berikut:

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh yang terdekat.

Untuk semakan dan Jadual nilai pembayaran fasa 2 BPR mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu :

https://bpr.hasil.gov.my.

Tags: 2021Bantuan KerajaanBantuan Prihatin RakyatBantuan Prihatin Rakyat 2021BPRBPR 2021BPR 2021 Fasa 2BPR Fasa 2Fasa 2SemakSemak PermohonanSemak StatusSemakanSemakan StatusSemakkan Status
Previous Post

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Next Post

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Bosskur@Kinitular

[email protected]

Next Post
Jawatan Kosong Online di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Kini Tular

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Discussion about this post

Tular Hari Ini

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB - Kini Tular
Bantuan Kerajaan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

2 years ago
19.4k
Perut Kosong
Kesihatan

Tujuh Makanan Yang Tidak Patut Dijamah Ketika Perut Kosong

3 years ago
2.8k
Jawatan Kosong Infineon Technologies Sdn Bhd - Kini Tular
Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Infineon Technologies Sdn Bhd

1 year ago
53.9k
Kini Tular

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Navigate Site

  • Privacy & Policy
  • Advertise
  • Dmca
  • Disclaimer
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • HOME
  • BERITA
    • JAWATAN KOSONG
    • BANTUAN KERAJAAN
    • DUNIA
    • INTERNATIONAL
  • GEEK
  • AUTOMOTIF
  • SUKAN
  • AGAMA
  • AKADEMIK
  • KESIHATAN

© 2020 Kini Tular - All Right Reserved by Kini Tular Dot Com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Kini Tular
error: Content is protected !!